Bufet Ramadan Juadah Big Box Sunway Hotel Big Box

Sunway Big Box Hotel tampilkan Juadah Big Box mulai 25 Mac hingga 20 April nanti | Sunway Big Box Hotel kembali lagi dengan 'Juadah Big Box' untuk makan malam sepanjang bulan puasa nanti. Saya lihat banyak yang menarik dalam preview Juadah Big Box yang lepas.

Antara yang menariknya di Sunway Hotel Big Box ini, bufet makan malam ‘Juadah Big Box’ nanti akan dihidang di Kafe Pendas. Kafe ini terletak betul-betul bersebelahan dengan kolam renang Sunway Hotel Big Box. Jadi suasananya sangat meriah dengan gemerlapan lampu-lampu diserakkan dengan air kolam. Dari tempat yang sama, pemandangan bandar Sunway Iskandar menggamit kita dari kejauhan. Romantis gitu.


Kambing Golek Nasi Arab


Kambing golek Sunway Big Box Hotel yang menambat tekak saya tahun lepas kali ini muncul lagi. Khabarnya, kali ini chef baru yang panggang kambing golek ni. Rempah perapan "rahsia" kata chef.


Kambing golek tepi kolam.

Nasi Arab Juadah Big Box.



Walaupun chef lain, Kambing Golek dan Nasi Arab kali ni tetap berjaya menambat tekak dan hati saya. Hirisan daging kambing yang berjus dengan bahagian kulit yang rangup, begitu terasa rempahnya. Padankan pulak dengan Nasi Arab tu, memang ngam sangatlah. Terbawa-bawa masuk mimpi.


Nasi Ulam


Ingatkan Nasi Arab tu dah bintang pujaan sangat dah. Sekali saya pergi senduk Nasi Ulam dia. Tenang-tenang bawa balik meja siap dengan Telur Itik Masak Lemak Cili Api dan Ikan Patin Tempoyak. Sekali suap Nasi Ulam tu, melayang sedap dia. Tak payah kuah-kuah ke lauk ke apa. Makan macam tu je dah gembira.


Nasi ulam yang enak dimakan begitu saja ibarat Roti Gardenia.

Saya ni tidaklah pandai resepi Nasi Ulam. Tapi berasa sungguh daun ulam-ulaman yang digabung dalam nasi tu. Lagi satu, saya suka sebab daun-daun ulaman tu dimayang halus betul, jadi rasanya sebati merata. Baru syok makan.


Asam Pedas Ikan Siakap


Bersebelahan dengan Kambing Golek di tepi kolam, ada tersedia kawah-kawah dengan Sup Tulang Berempah, Rendang Daging dan Asam Pedas Ikan Siakap. Saya paling suka dengan Asam Pedas Ikan Siakap kat situ.





Rasa masam, masin dan manisnya cukup mesra bila digaul dengan nasi. Ikan siakapnya segar dan cukup lembut, sedap bila diratah. Terasa macam ada belacan, gaya asam pedas Melaka, barangkali. Penggemar asam pedas sejati, bolehlah ke Sunway Hotel Big Box.


Shell Out




Shell out pasti ada penggemarnya yang tersendiri, lebih-lebih lagi peminat makanan laut segar. Dengan ketam, udang, sotong dan kepah, siap jagung, lada benggala dan sos merahnya, shell out dalam ‘Juadah Big Box’ ini dimasak segar. Semasa preview hari itu, baunya yang menyengat menggamit pengunjung-pengunjung bufet datang beratur mendapatkan shell out panas-panas. Meriah!


Apa lagi yang menarik dalam ‘Juadah Big Box’ Sunway Hotel Big Box?


Mi goreng mamak itu biasa. Tapi bila mi goreng mamak boleh menyerlah dalam bufet sebesar ini, maknanya sedap sungguhlah mi goreng mamak itu. Saya harap chef Sunway Hotel Big Box boleh mengekalkan rasa mi goreng mamak ini sepanjang bufet ‘Juadah Big Box’ nanti.




‘Juadah Big Box’ turut menawarkan durian buat semua penggemar durian. Bukan selalu dapat makan durian tepi kolam renang kan? Syahdu. Layan diri ya. Boleh makan tanpa segan silu. Panas berkuah masa terawih, jangan salahkan saya.


Saya juga tertarik dengan murtabak dalam bufet makan malam Sunway Hotel Big Box ini bila saya nampak ada sos bawang gaya orang Pantai Timur. Jarang ya dihidang di Johor ini. Selalunya ada kari ayam, daging atau dalca saja.


Air kelapa muda segar minum terus dari buahnya. Ini memang rare. Setakat ni, tiada lagi saya jumpa dalam preview bufet tahun ini.




Aiskrim Baskin Robbins juga jadi tarikan dalam ‘Juadah Big Box’ kali ini. Bukan dua, bukan tiga, tapi lapan perisa aiskrim jenama terkenal ini ya. Makan puas-puas sampai bibir kebas.


Boleh tengok macam-macam lagi juadah yang ada dalam Facebook page Nota Afzani Tual.



Untuk pertanyaan dan tempahan

Hubungi Sunway Hotel Big Box di talian 01121655355 (Fara) atau 0192334738 (Pendas Cafe). Anda juga boleh emel kepada sbbh.enquiry@sunwayhotels.com. Like dan Follow Sunway Hotel Big Box di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat terkini dari mereka.

Poster promosi Juadah Big Box.


Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post