Westin Desaru Coast Hidangkan Bufet Makan Malam ‘Citarasa Dua Benua’
Juadah tempatan kita digabung dengan masakan Mediterranean dalam satu bufet - memang luar biasa dan unik. Begitulah first impression saya bila melihat barisan hidangan dalam bufet makan malam ‘Citarasa Dua Benua’ di Westin Desaru Coast sempena bulan yang mulia bermula hujung Mac ini. Selain unik, bufet makan malam Westin Desaru Coast ini begitu mewah dan sedap-sedap, kena dengan selera saya. Jom terus baca sampai habis untuk tahu apa yang menarik.
Makanan Laut Segar, Dimasak Sebaik Sahaja Tempahan
Seafood on ice biasanya dimakan begitu sahaja dengan sos. Yang istimewanya dalam Bufet Makan Malam ‘Citarasa Dua Benua’ ini adalah udang, pepahat, kupang dan lala itu boleh dipilih untuk dimasak asam pedas atau masak lemak cili api. Satu tarikan tambahan di situ.
Udang Kara Masak Lemak Cili Padi
Udang dalam bufet itu biasa, tapi udang kara jarang dapat rasa. Lebih-lebih lagi udang kara ini dimasak dengan cara tradisi Masak Lemak CIli Api. Begitu berselera saya makan dengan nasi putih panas. Lupa terus sudu garfu, makan saja dengan tangan.
Lobster Lemak Cili Padi |
Ikan Panggang Mentega Chimichurri
Ini kali pertama saya jumpa masakan mentega Chimichurri. Apa yang jelas kelihatan yang saya nampak adalah daun rosemary yang ditabur di atas hidangan ikan ini. Isi ikan begitu lembut dan rasa mentega lemak masin itu meresap ke dalam ikan, membuatkan setiap suapan memuaskan hati.
Baked Butter Fish Chimichurri Butter
Udang Bakar Bawang Putih
Udang yang paling saya gemari adalah udang yang dah siap dikopek. Haha. Begitulah udang bakar ini dimasak dan dihidang dengan sos bawang putihnya. Isi udang merah-merah, cukup masak, tidak terlebih bakar. Manakala sos bawang putih lemak berkrim dan enak masinnya tanpa rasa pahit langsung. Bila digigit isi udang itu, rasa manis udang asli itu bercampur dengan semua rasa tadi, membuatkan saya tambah sekali lagi. Makan dengan nasi sedap, diratah begitu sahaja juga sedap.
Lagi yang menarik di Bufet ‘Citarasa Dua Benua’ Westin Desaru Coast
Tiga jenis dimsum dan loh mah kai juga turut dihidangkan untuk peminat makanan Cina tempatan. Selain nasi putih, nasi biryani dan nasi goreng Cina juga ada dan sedap-sedap juga bagi saya: jenis yangtak perlu tambah apa-apa kuah atau sos,begitu saja sudah sedap.
Untuk tempahan atau pertanyaan mengenai Bufet Makan Malam Westin Desaru Coast ini
Hubungi mereka di 07 838 3333 atau emel kepada fb.westindesaru@westin.com.
Bufet makan malam ‘Citarasa Dua Benua’ akan dihidangkan mulai 27 Mac hingga 21 April di Seasonal Taste berhadapan kolam renang Westin Desaru Coast. Sehingga 26 Mac ini, pembelian awal berharga RM98+ dewasa dan RM49+ kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Beli 10, percuma 1.
Meriahnya menu sesedap
ReplyDelete