'Atau' atau 'Dan'

Hidup adalah kombinasi get logik yang sangat banyak - simpang-simpang yang memerlukan kita membuat pilihan. Pilihan-pilihan yang dibuat itulah yang menentukan jenis manusia yang kita akan jadi pada masa depan. Pilihan-pilihan yang menentukan pengalaman hidup kita.

Kerjaya atau keluarga?

Cuba lihat dengan lebih teliti. Sebelum membuat pilihan antara dua itu, sebenarnya ada satu lagi pilihan yang kita boleh buat iaitu jenis get logik yang kita ingin gunakan di persimpangan itu - 'dan' atau 'atau'.

Kerjaya ______ keluarga?
Keluarga atau kerjaya? ...atau... Keluarga dan kerjaya?

Kata T. Harv Eker dalam bukunya Secrets of the Millionaire Mind:

Orang miskin memikirkan 'atau'. Orang kaya memikirkan 'dan'.

 Maksudnya, orang yang ingin berjaya sentiasa memikirkan bagaimana untuk memiliki kedua-dua pilihan itu daripada memilih salah satu daripadanya. Mengerahkan otak untuk mencari penyelesaian terbaik dalam hidup daripada hidup mengikut arus seperti kebanyakan manusia. Berani berbeza. Berani menentang arus.

Contohnya, seorang wanita yang juga seorang isteri dan ibu kepada beberapa orang anak yang memikirkan "Bagaimana saya ingin memilih kerjaya dan keluarga?" Kerjaya sangat berkait-rapat dengan pendapatan. Keluarga adalah suatu anugerah yang tak dapat ditukar-ganti. Jadi wanita ini akhirnya memilih untuk bekerja dalam bidang jualan (sales) yang mempunyai masa kerja anjal (fleksibel). Masanya boleh dipilih untuk diperuntukkan bagi anak-anak dan keluarga. Dalam masa yang sama, pendapatan tetap dapat diraih. Malah, perkerjaan itu akhirnya mendatangkan pendapatan pasif. Beliau dapat berhenti bekerja pada usia yang muda dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.

Contoh lagi. Seorang lelaki yang ingin kahwin muda dan memiliki ijazah doktor falsafah. 'Atau' merupakan pilihan yang telah beliau buang awal-awal dari senarai alternatif yang ada. Lalu beliau memulakan pelbagai perniagaan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan dan keluarga barunya nanti. Sampai masa beliau berkahwin, beliau hampir menghabiskan ijazah sarjananya dan sudah memiliki perniagaan yang stabil. Malah, beliau sudah merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah pula.

Contoh-contoh di atas bukan fiksyen, tapi merupakan orang-orang yang benar-benar wujud dalam hidup saya. Mengagumkan bukan?

Peringatan! Pilihan 'dan' itu bukan mudah. Perhatikan semula rajah tadi.
Pilihan 'atau' punya 3/4 kebarangkalian untuk berjaya. Pilihan 'dan' pula cuma punya 1/4 kebarangkalian.Sebab itu tidak ramai orang berani memilih 'dan'. Hanya orang-orang yang kuat mampu membuat pilihan ini. Mereka perlu bertahan hingga ke akhirnya untuk mendapatkan kebarangkalian yang kecil itu.

Berani buat pilihan!
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

1 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. menarik sebab last skali ada kesimpulan 1/4 tu!!! suka! suka! suka! (masa muka2 baca.. ek eleh.. nk gak masukkan math dia.. hahahahaha)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post