Selamat Jalan, Cinta

Kisah yang semakin tak menentu
Sepenuh mati meragu
Mungkinkah masih tersisa bahagia untukku?                                - "Senyawa", Siti Nurhaliza

Ampunkan aku, Ya Tuhan
Hatiku lelah, bukan putus asa 
Kutekad janji takkan putus doa dan usaha
Namun umur tak berhenti menginjak
Jasadku tak makin segar
Semangatku patuh pada fitrah 
Hatiku ingin berehat dari teka-teki

Selamat jalan, cinta. 

Istikharah cinta memanggilku, memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia, naluriku berkata
Di penantian luahan rasa, teguh satu pilihan 
Pemenuh separuh nafasku, dalam mahabbah rindu                             - "Istikharah Cinta", Sigma

Saban tahun, watak bersilih ganti
Belum kutemu jawapannya jua 
Ini bukan ujian hati dan emosi
Ini ujian iman
Ku serah asaku dalam genggaman-Nya
Kulepaskan rasa

Selamat jalan, cinta. 

Tak kutanya kapan dan bagaimana 
Cukup Kau genggam arah akhirnya                                                 - "Cinta & Doa", Sigma

Jalanku berliku, tapi bersuluh 
Aku bersyukur
Dalam sendiri, aku disayangi
Tidak seperti wanita yang hidup ketakutan di samping sosok yang patut melindungi
Bukan jua hidup dalam ikatan ketandusan harmoni
Tiada sekatan dalam hidupku, penuh peluang, bebas
Aku mahu terbang tanpa beban

Selamat jalan, cinta. 

Engkau hadir bagaikan embun pagi
Menyegarkan sanubari
Mengisi ruangan di sudut hati
Kamu terindah 
 

Semoga datangnya lagi kamu nanti jadi destinasi terakhir
Bertanya, bukan sekadar menjawab
Berbalas, bukan hanya dibaca
Menenangkan, bukan penuh tanda tanya
Berjanji ke akad, bukan berbual suka-suka 
Sampai ketemu lagi

Selamat jalan, cinta.

 

Bagaikan kumbang menghinggap ke bunga, tercipta satu perjalanan indah.

                                            - "Kumbang & Bunga", Siti Nurhaliza & Lesti Kejora 

 

Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post