Suai Kenal

Permainan Suai Kenal dengan geng sekolah yang aku paling minat adalah 'Berkumpul Ikut...". Mudah dan ringkas, serta tiada had kreativiti. Aku pernah mengetuai permainan ini beberapa kali, termasuklah sekali dengan geng universiti. Tiada had umur juga. Cuma perlu susahkan arahan untuk orang lebih berusia.

Jumaat lepas, aku mengetuai permainan ini dengan geng Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini. Kemudian, esoknya, aku di Melaka dengan geng Kolej Yayasan Saad. Seronok!

Contoh permainan: Kolej Yayasan Saad
Tempoh: 15 minit
Jumlah peserta: 71 orang

Pusingan pertama
Berkumpul ikut bulan lahir.
Beratur dalam barisan ikut tarikh lahir.

Pusingan kedua
Berkumpul ikut negeri asal.
Nyanyikan lagu rasmi negeri.

Pusingan ketiga
Berkumpul ikut bunyi haiwan - serigala, itik dan kucing (telah diberikan sebelum permainan dimulakan)




Contoh permainan: SMK Taman Mutiara Rini
Masa: Setengah jam
Jumlah peserta: 30 orang

Pusingan 1. Kelas
              2. Rumah sukan
              3. Telco
              4. Jenama ubat gigi
              5. Jenama syampu
              6. Kacak / cantik


Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post