"Sedar-sedar, bulan 2012 dah habis berlalu beberapa hari dan aku perasan hidup aku dah jadi terlalu serius."
Jika anda perasan, pada bulan Januari yang lepas, saya ada mengeluarkan beberapa 'blog post' sekaligus (dalam kedua-dua blog). Sebabnya adalah saya berusaha menggantikan 'blog post' pada minggu-minggu yang saya tidak menulis. Saya telah memasang niat bahawa saya mesti menulis sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ternyata cabaran akan datang apabila kita bertekad melakukan sesuatu. Inilah cabaran saya - konsisten. Bukan sekali ini saya menulis mengenai masa dan konsisten. Dua perkara ini merupakan isu terbesar dalam hidup saya.
Bukan sahaja tentang blog ini, malah dalam semua aspek dalam hidup saya. Bagaimana kita nak mengukur yang kita telah sampai ke penghujung garisan (pushed the limits till the boundaries gave away)?
Antara beban dan daya, ada fulkrum. Saya masih belum bertemu fulkrum itu.
Antara impian dan kenyataan, ada kegigihan, keyakinan dan kepasrahan. Saya belum mencapai tahap tertinggi dalam ketiga-tiga itu.
Antara kejayaan dunia dan kebahagiaan akhirat, ada keseimbangan. Saya belum bertemu titik keseimbangan itu.
Allahurabbi... Bantulah aku.
P/s: Tulisan ini tiada matlamat jelas. Sekian.
1 Comments
aku tertarik dengan ayat antara beban dan daya ada fulkrum.. ahaaaa.. berusahalah dapatkan fulkrum sejauh yang boleh dari daya dan sedekat yang boleh dengan beban.. kehkehkeh.. ko letak fulkrum tengah2 pun dh kira satu kelebihan.. ada org daya kat tengah2.. kesian, keje berat nak kepit satu karipap.. (juga tiada matlamat jelas)
ReplyDeleteKomen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.