Belajar Dari Yang Muda

Banyak yang kita boleh pelajari dari mereka yang muda - empat, lima dan enam tahun. Mereka berkata-kata bukan untuk menasihati kita. Namun, banyak hal dunia boleh dipelajari dari kaca mata mereka yang berhati suci.
 *Gambar hiasan

Cikgu Pandai

Aiman baru selesai mengaji Iqra'.
Cikgu: Pandaaaai Aiman! (sambil mengusap-usap kepala Aiman)
Aiman: (tersenyum kembang sambil tersipu-sipu, kemudian bangun menuju cikgu)
           Pandaaaaaai Cikgu! (sambil mengusap-usap kepala cikgu)
Cikgu: (kehilangan kata-kata)

Pengajaran: Balas kebaikan dengan penghargaan yang setimpal.


Arif Nasihat Cikgu

Cikgu: Arif, kenapa buat sepah? Kan cikgu baru sudah mop. Tak kasihan kah dekat cikgu?
Arif:    Yalah... Kasihan cikgu... (diam sejenak, kemudian sambung bermain)
Beberapa saat kemudian...
Arif:    Itulah cikgu. Kenapa cikgu tak jadi budak-budak macam kita. Senang je... Main je... Tak payah kemas-kemas. Jadi cikgu, nak kena kemas, nak kena mengajar.

Pengajaran: Hidup mesti tenang. Aal iz weeeell...


Kita Solat, Ayah Kita Tak Solat

Satu hari, Jannah bercerita.
Cikgu, ayah kita tak solat, cikgu. Tapi kita solat. Ayah kita semalam dia beli handphone baru. Lepas tu, dia bawa awek dia balik rumah. Ummi marah. Ummi kata jangan kawan dengan awek dia tu. Tapi dia kawan juga. Hari tu handphone dia rosak, dia tak kawan lagi dengan perempuan tu. Tapi sekarang dah beli handphone baru, kawan balik. Dia macam tu sebab dia tak solat, cikgu. Kita lain. Kita solat. Kat sekolah, kat rumah, kita solat.

Pengajaran: Kita sangka mereka tak faham. Tapi sebenarnya, mereka memerhati.


Ummi Menangis

Adib bercerita dengan pelatnya yang pekat. Maklumlah, umurnya baru empat tahun.
Semalam ummi Adib nangis. Adib tanya, "Kenapa ummi nangis?" Ummi kata, "Sebab ayah marah ummi." Ummi sakit pinggang. Ayah tak nak hantar ummi pergi klinik. Ayah kata, "Esok je." Ummi sedih. Ummi nangis. Ummi cakap dengan Adib, pinggang ummi sakit.

Pengajaran: Tak kira apa yang kita KATAKAN, mereka mengingati apa yang kita LAKUKAN.


Nota: Nama-nama di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Post a Comment

1 Comments

  1. terbahak aku gelak cerita aiman dengan arif.. dan.. sedih dengan cite adib :(

    ReplyDelete

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.