Kakak, Abang & Adik

Kisah 1

Emak:   Abang, basuh kereta.
Abang:  Adik, kau basuh kereta, dik.
Adik:    Kak, mak suruh basuh kereta.
Kakak: Mak, tolong basuhkan kereta, mak. Hehehe...
Mak:    (menahan sabar)

Kisah 2

Abang:  Kak, aku lapar la. Masak, kak.
Kakak: Adik, abang lapar. Pergi masak. Nasi goreng sehelai!
Adik:    Siap!
(beberapa saat kemudian)
Adik:   Godzilla, kau pergilah masak sendiri.

Kisah 3

Abang baru balik dari kerja. Adik baru balik dari asrama.
Abang:   Adiiiiiiiiii.....iiiiiik......! (dengan gaya dan muka super manja lagi gedik)
Adik:     Diam la kau, Godzilla! Geli aku!
Kakak: (gelak sakan)
Abang:  A...diiiiiiiiiiiiiiiiiiii...iiiiiik.....! (dengan gaya ekstra gedik)
Adik:     Diam! Diam! Diam!
Kakak: (gelak guling-guling)

Kisah 4

Emak:   Kak, 'storm' Bahasa Melayu apa?
Kakak: (selepas lebih kurang seminit) Eh, apa ye? Entahlah.
Abang:  Ribut.
Kakak: (muka kagum) Eh, pandainya! Adik siapa la ni?
Abang:  (menjeling ala-ala karakter kartun Pedang Setiawan) Kau apa hal, kak? Dah lama hidup?
Adik:    (gelak sakan)

Kisah 5

Adik:    Abang, selamat hari jadi !!! Belanja Marrybrown?
Abang:  (sengih panjang sambil buka dompet lalu menghulur duit) Nah! Kau pergilah dengan akak.
Adik:    Hek eleh!
Kakak: Kau ni tak romantik langsung la, bang. (mencemik)

Ketinggian tidak mencerminkan susunan umur. Harap maklum.

Mak pesan: Nanti kalau mak dan abah dah tiada, kamu tinggal tiga orang je. Tiga orang ni jangan sesekali lupakan satu sama lain.

Post a Comment

2 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.