Kisah Cinta, Hati & Perkahwinan

Hatiku, hatimu
Menjadi satu cinta
Kurasa hadirmu menyempurnakan aku

Tapi
Cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini
Di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Akan ku setia
Menjaga cintamu
Selamanya

(Alyah: Kisah Hati)

Agaknya lagu ini sangat hebat sampai menembusi pusingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26. Saya bukanlah peminat lagu cinta. Saya mula minat lagu ini pun bila sudah sampai masa surut dalam carta. Suka saya itu cuma kerana rangkap yang kedua itu. Pada baris 'cinta bukan milik kita'.

Saya merasakan ada rasa ubudiyah (kehambaan) yang kuat padaNYA setiap kali bait itu berkumandang. Manifestasi keredhaan kepada qadha dan qadarNYA. Pasrah dengan ketentuannya. Sabar tahap tinggi.


Hambatan Cinta


Saya ada dua orang sahabat. Seorang lelaki, seorang wanita. Saya tahu si lelaki suka pada wanita itu dan begitu juga si wanita. Saya juga tahu kisah kelukaan silam mereka. Itu beberapa tahun dulu. Tapi sejak kisah itu berlalu, mereka kekal dalam kenangan itu. Mereka ini tenang orangnya, orang baik-baik. Tapi dari cakap-cakap mereka, saya tahu ada hambatan dalam dasar hati - takut kecewa lagi.

Saya kenal seorang rakan. Ibu dan ayahnya sudah tidak sehaluan. Dia ini takut melangkah ke ambang perkahwinan. Dihambat kisah lama. Sukar mengubah persepsi tentang sesuatu yang dilalui seumur hidup - ini saya faham. Saya harap dia ini, satu hari nanti, akan berjumpa dengan 'dia yang satu' macam Paramore dalam The Only Exception.


Pada sisi lain...

Ada seorang kawan saya yang putus tunang beberapa bulan lalu. Walaupun dia kata dia sedih dan kecewa dan sedih dan patah hati lagi, pada pemerhatian saya, dia tetap positif menjalani hidupnya. Sekali-sekala menangis itu perlu, tapi dalam masa selebihnya dia tetap bersemangat meneruskan hari-harinya. Dia sumber inspirasi saya.

Seorang lagi rakan yang lain dilahirkan dalam keluarga yang kurang bahagia. Perkahwinan orang tuanya tidak berjalan lancar. Sebagai anak sulung, dia banyak membuat keputusan untuk keluarga yang kompleks itu. Teringat masa-masa belajar dulu bila dia datang mengadu. Namun, sekarang dia bahagia dengan perkahwinannya serta dua orang cahaya mata. Dia berjaya membuang hambatan masa silam dari memorinya.


Harapan saya

Saya faham manusia berbeza segalanya. Tapi saya percaya walaupun kita tidak dapat memilih takdir kita - keluarga yang melahirkan kita, ibu bapa kita, kisah-kisah cinta yang gagal - kita boleh memilih bagaimana kita bertindak balas kepada hambatan-hambatan itu.

Life is not so much about what we face, but how we react to the obstacles.

Kepada mereka yang saya sebutkan di atas, anda tahu siapa anda. Saya doakan kita semua bahagia sampai hujung nyawa.
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

2 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. =p
    sedap ayat ni, "... kita boleh memilih bagaimana kita bertindak balas kepada hambatan-hambatan itu..."

    ReplyDelete
Previous Post Next Post