Manusia zaman sekarang sudah terpedaya. Terpedaya dengan gaya hidup marhaen. Terpedaya dengan algoritma. Terpedaya dengan budaya dan falsafah. Terpedaya dengan filem.
Filem selalu memaparkan kisah dengan plot yang mungkin sepanjang hayat manusia dalam tempoh dua hingga tiga jam sahaja. Jadi filem itu akan menonjolkan detik-detik penting dalam hidup watak utamanya - detik genting, saat cemas, masa klimaks. Manusia terpedaya sebab mereka menyangka:
Filem selalu memaparkan kisah dengan plot yang mungkin sepanjang hayat manusia dalam tempoh dua hingga tiga jam sahaja. Jadi filem itu akan menonjolkan detik-detik penting dalam hidup watak utamanya - detik genting, saat cemas, masa klimaks. Manusia terpedaya sebab mereka menyangka:
"Hidup terdiri daripada peristiwa-peristiwa diskret. Hakikatnya, hidup terdiri daripada peristiwa yang bersambungan dan berpanjangan (continuous event - ikut istilah Matematik)"
Contoh filem The Pursuit of Happyness, sebenarnya kalau dihayati, usaha Chris Gardner sebenarnya memakan masa bertahun-tahun - usaha yang perlahan, berdikit-dikit dan proses yang sangat lama. Manakan sama kita menonton filem biografi dengan melalui kisah hidup itu sendiri. Hari-hari yang berlalu itu sebenarnya jauh lebih lama dari detik-detik yang dipaparkan dalam filem itu.
Kebolehan kita untuk terus memotivasikan diri secara berterusan itulah kunci kepada kejayaan peristiwa-peristiwa penting itu - istiqomah, tekal dan konsisten. Jika istiqomah itu mudah, tidaklah Rasulullah s.a.w. menangis tatkala turunnya dalil tentangnya. Jika tekal itu mudah, tiadalah orang putus asa dengan hidupnya. Jika konsisten itu mudah, apalah sangat rempah-ratus hidup manusia ini.
Tapi kata Roger Mavity dalam bukunya Life's A Pitch:
Life is not a pattern of gradually evolving improvement. It's a series of long fallow patches punctuated by moments of crucial change. How you handle the long fallow patches doesn't matter much. How you handle the moments of change is vital.
Saya rasa Roger betul juga. Namun saya percaya seseorang tidak perlu salah untuk membenarkan orang lain. Kita cuma perlu melihat dari pelbagai perspektif.
Kesimpulan saya: Pencapaian hidup kita optimum dengan cara kita menguruskan titik-titik perubahan (moments of change) tapi proses membentuk diri kita yang matang untuk menguruskan perubahan itu berlaku antara titik-titik perubahan itu (continuous event).
Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan, bukan? Allah memandang usaha, bukan pada hasilnya; kerana kadang-kadang hasil itu tak terjangkau dek fikiran manusia, hanya terlihat nanti di dunia 'sana'.