Hidup ibarat roda. Kadang-kadang di atas, adakala di bawah. Putaran roda itu kalau dibubuh dalam bentuk graf, diplot lawan masa, jadilah bentuk gelombang. Oleh sebab pecutan berubah-ubah, maka gelombang dalam graf itu juga tidak stabil.
Ada banyak ketika dalam hidup, kita merasakan kita telah membuat pilihan yang tepat dan melakukan segalanya dengan betul, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita harapkan, malah memeranjatkan. Namun, kalau tak begini, bukan hidup namanya. Kalau tak begini, tak lahirlah manusia-manusia yang matang, kuat dan bijaksana. Malah, ini tandanya TUHAN sayang pada kita. DIA beri masalah lebih pada kita supaya kita jadi 'lebih' berbanding orang lain.
'Roller coaster' tak seronok kalau jalannya tegak lagi lurus.