Memberi Sambil Menerima

Hujung minggu sudah, masaku padat terisi. Dari Jumaat, berprogram dengan adik-adik SMK Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor sampai Sabtu menjelang tengah hari - Kem Ibadah. Petangnya ke Batu Pahat bertemu adik-adik geng Johor yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Esoknya, ke Kolej Matrikulasi Johor, melawat adik-adik bekas MRSM Muar. Duduk berkelah tepi masjid kolej.

Tiga hari yang cukup indah kalau ditanya padaku. Lumrahnya, adik-adik di mana-mana pun, kalau menerima kehadiran senior yang meraikan mereka, pasti gembira. Ayat-ayat yang biasa kudengar: "Seronoknya akak datang", "Tak sangka akak sudi datang jenguk kami" dan "Akak, datang la selalu tau".

Mereka ini menyangka kami yang memberi banyak kepada mereka. Walhal sebenarnya, mereka tidak sedar, dalam kami memberi itu, kami banyak juga menerima sesuatu dari mereka secara tidak langsung. Melihatkan semangat adik-adik yang membara, kami yang memberi ini mendapatkan suntikan motivasi yang hebat. Penghargaan yang adik-adik berikan memberi kami energi positif untuk terus bekerja. Kemudian hari nanti, bila adik-adik menjadi orang-orang yang hebat, kami pula memerlukan bantuan mereka dalam banyak perkara.

Saya sudah mula merasakan tempias fasa yang terakhir itu. Adik-adik yang mungkin saya pernah sentuh hatinya dulu kini masih tetap berada dalam lingkungan sahabat saya. Dan mereka ini sekarang memberi kepada saya dalam pelbagai bentuk yang saya tak pernah fikirkan dulu semasa bertemu mereka.

Kata Imam al-Ghazali:
Kalau bertemu orang yang lebih muda, sayangilah mereka kerana dosa mereka mungkin jauh lebih sedikit berbanding kita.


Jasad yang remaja itu. Jiwa yang polos itu. Akal yang mentah itu. Wajah yang nakal itu. Jangan dihukum, jangan dilabel. Teruskan menyambung tali persaudaraan. Kerja manusia memberi yang termampu. yang lain semuanya kerja ALLAH. Kelak, ganjarannya hanya DIA yang tahu dalam bentuk apa.
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

1 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

  1. Afzani, mintak pinjam gambar ye. :)
    -Ahya Pac Kluang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post