Ramadhan Hampir Tiba

Sekarang 2 Syaaban.

Aku berdebar-debar. Bersediakah aku? Layakkah aku menerima rahmat itu?
Tapi DIA melarang kita berputus asa dari rahmat-NYA. Mohon dijauhkan dari rasa putus asa!
Lagipun sudah hampir setahun aku merindu. Ini bukan masanya untuk memikirkan rasa-rasa negatif ini.

Nikmati kebahagiaan saat hampir tiba waktu penuh hikmah itu.
Momentum perlu dibina dari sekarang. Agar nanti inersianya bertahan lama sampai ke hujung. Dan jadi bekal untuk ketibaan yang tahun depan pula.

Sulaman amaran dan khabar gembira dalam kalam-NYA mencucuk kalbu.
Malam-malam mula menggamit dari mimpi lena.
Suara-suara hati mula mengagah-agah iman di jiwa.
Tekak minta dilatih menahan rasa.

"Bangun," kata mereka.
"Mula sekarang," kata mereka.

Syukur pada setiap nafas.

Allahumma ballighna ramadhan.


Post a Comment

0 Comments