Mimpi Lama

Lama dulu, aku pernah bermimpi.

Dalam mimpi itu, aku berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan White House. Ketika itu, Bush Jr. presiden. Aku ingat dalam mimpi itu aku sangat marah. Entah bagaimana, aku telah berjaya menaikkan kain rentang besar berwarna putih dengan tulisan merah:

"Stop War in Iraq.
Stop Meddling With Other Nation's Business.
Stop War in Palestine."

Dan beberapa mesej lain yang aku sendiri sudah lupa.

Perbuatan aku itu mendapat liputan media antarabangsa. Tapi aku berjaya melarikan diri dan tak dapat dikesan.

Dalam mimpi itu, aku sangat marah sehingga aku menangis. Dan bila aku sedar aku dapat merasakan ada air mata di hujung mataku.

Aku menangis. Kemudian, aku menangis. Tangisan pertama kerana aku rasa gembira kalau aku dapat menyampaikan mesej lantang seperti dalam mimpiku. Tangisan kedua kerana aku sedar aku tak punya kekuatan sebegitu.

Dan semalam...

Bila kejadian buruk menimpa bumi Ghaza lagi, aku terkenang mimpi aku. Dan aku terkenang sampai kini aku masih tak punya kekuatan sebegitu. Aku menangis lagi.


Allah, ampunkan aku, ikhlaskan aku, pasrahkan aku...
Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post