Table Topics


Salah satu bahagian perjumpaan Toastmasters adalah Sesi Ucapan Spontan, dipanggil Table Topics Session. Anda tawarkan diri ke depan, diberi tajuk dan dikehendaki berucap tentang topik tersebut secara langsung selama 1 - 2 minit. Mencabar kan?

Saya jarang menang reben ini. Pada saya, ucapan spontan ini susah. Saya bukannya orang yang jenis lancar berbual dan cepat berfikir. Sebab itu, saya paling sayang reben ini berbanding reben-reben Toastmasters yang lain.

.
.
.
Bila orang kata Bahasa Inggeris saya bagus (baru-baru ini ada kawan yang sebut lagi) saya akan terimbau kenangan 9 tahun lalu. Kali pertama saya jejakkan kaki dalam perjumpaan Toastmasters, saya dipanggil ke depan untuk sesi ini. Saya tak ingat apa tajuknya. Namun, saya ingat dengan jelas saya hanya tuturkan satu ayat, lalu saya diam.

Fikiran saya kosong.

Saya toleh kiri kanan pada semua orang.

Saya terus diam.

Saya nampak lampu isyarat hijau menandakan 1 minit telah sampai, saya ucap terima kasih.

Allah saja yang tahu betapa malunya saya sampai hampir menitik keluar air mata.
Dalam perjalanan balik ke tempat duduk yang terasa sungguh jauh itu, macam-macam idea mula muncul. Rasa sesal tak keluar semuanya tadi.

Tapi bila saya hampir duduk, seorang senior menggamit tangan saya dan menggenggamnya erat sambil mengucapkan,

"Percubaan yang baik."
.
.
.
Itulah semangat Toastmasters yang saya terus cuba praktikkan sebagai senior kini.

Saya pernah lihat pembentang yang berusaha gunakan Bahasa Inggeris perlahan-lahan, tapi seorang audien menyampuk, "Guna Bahasa Melayu je la." Pembentang terus tukar bahasa. Audien mungkin niat bergurau. Tapi satu potensi pemidato telah terpadam hari itu.

Dalam Toastmasters, saya bebas buat silap tanpa risau risiko diperkecilkan atau dilawakkan. Penonton positif dan sabar menanti setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut pemidato. Suasana positif sebegini jarang saya jumpa.
.
.
.
9 tahun, 40 ucapan projek, beratus ucapan dan pengacaraan kemudian, perjalanan yang panjang itu telah membuahkan hasil. Kuncinya? Terus buat dan buat. Praktik dan praktik. Amal dan amal.

Hari ini, dalam satu perjumpaan Toastmasters, ada beberapa orang beritahu yang mereka tidak pandai Bahasa Inggeris.

Jawa. Kampung. Ladang kelapa sawit.

Saya sedar yang semua itu adalah saya juga. Maka, teruskan bercakap, teruskan belajar, teruskan guna Bahasa Inggeris. Saya bukan saja 'percaya' yang anda akan fasih, saya 'tahu' anda akan fasih. Kerana kita bermula di takuk yang sama. Cuma saya telah mula 9 tahun lebih awal.
.
.
.
Jawa kampung celah kelapa sawit,
Ajan

I believe in you

Nak cari tempat guna Bahasa Inggeris yang dijamin tak rasa rendah diri, carilah Toastmasters.

#toastmasters #publicspeaking #pidato
#ificansocanyou
#ifyancancooksocanyou eh!

Afzani Tual (Ajan)

I take notes of happenings in my life in hope as a piece of my life betters, so does yours.

Post a Comment

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Previous Post Next Post