Housemate ajak makan. Cakap ada meeting. Dia kata, "Akak asyik meeting. Akak tak penat ke kak?"
Call Mak. Mak tanya balik bila. Sebutlah balik sekian sekian. "Yalah, akak tengah busy ek." Aku jawab, "Mak janganlah cakap akak busy. Nanti akak balik la." Dia ketawa.
Allahu... Tak sibuk. Tak busy. Belum cekap urus masa je. Adakah Allah sedang menegur aku?
.
.
.
.
.
Ada beberapa perkara aku nak ubah berkaitan pengurusan masa:
1. Rancang seminggu. Kebahagiaan jelas beza bila aku siap susun temujanji, baju harian, jadual masak makan, dan jadual aktiviti hari Ahad. Walaupun akan ada perubahan, kerangka tu akan kekal dan aku dapat capai lebih banyak.
2. Rancang tenaga. Bila aku siap susun jadual makan dan jadual senam, tenaga aku terjaga. Tidur berkualiti, bangun awal pagi, banyak kerja siap pagi-pagi. Makan sihat, rasa bertenaga, tengah hari cergas bekerja.
3. Rekod jadual. Bandingkan apa yang dirancang dengan apa yang aku betul-betul buat membolehkan aku analisa apa yang tak kena. Adakah aku tangguh? Adakah aku penat sampai tak larat buat? Adakah tidur aku tak cukup sampai penat? Semua ini bantu aku baiki diri.
.
.
.
.
.
Stephen Covey pesan dalam First Things First, 'Jangan tersekat dalam Kuadran 1 (penting, segera). Biasakan diri berada dalam Kuadran 2 (penting, tak segera).'
Jadi, hidup lebih tenang dan seimbang.
.
.
.
.
.
Doakan saya berubah, kawan-kawan. Ini betul-betul mencabar bagi saya. Selalu ingatkan diri yang 'Masa itu bukan emas. Emas boleh dijual-beli. Tapi masa langsung tak boleh ditukar ganti, ditawar-tawar, apatah lagi dijual-beli.'
Yang ingin hidup berjaya, tenang dan seimbang,
Ajan
#tazkirahuntukajan