Gol 2018



"Apa gol korang 2018 ni?"

Ngeteh susu kambing dengan kawan-kawan lama. Ini yang kami bualkan.

"PhD la, kak."

"Wah, bestnya! Dah dekat sungguh. All the best, Dr."

Beliau gelak kecil aku panggil doktor. Tinggal tunggu viva saja. Suka sangat dengar kisah orang yang dah nak lepas target. Terasa debarannya sekali. PhD lebih 3 tahun, lama kot!

"Saya target nak pergi haji. Jadi, saya target nak nikah juga. Mudah dapat tempat bila ada mahram."

MasyaAllah! Murninya niat nak menikah sebab nak pergi haji. Makcik sentap dengar.

Maka kami pun bercerita tentang usaha-usaha kami ke arah gol 2018 kami.

Semoga Allah berkati hidup kita, kawan-kawan.

.
.
.

Ajan.
Rasa bertuah punya kawan-kawan hebat.

Post a Comment

0 Comments