3 Jam Sehari

Cemburu dengan orang yang mampu tidur tiga jam sehari. Mereka dikatakan menghidap insomnia tetapi sesetengah daripada mereka merupakan manusia-manusia yang telah menyumbangkan sesuatu yang hebat kepada dunia. Mereka mengambil 'peluang' daripada 'musibah' yang menimpa diri mereka dengan memilih untuk menghabiskan masa-masa lebihan yang Tuhan anugerahkan kepada mereka untuk menghasilkan karya-karya terhebat.



Margaret Thatcher tidak melihat insomnia itu sebagai satu halangan kepadanya. Malah, beliau pernah berkata,

"Sleeping is for wimps!"

Saintis-saintis hebat seperti Sir Isaac Newton dan Thomas Edison turut dilaporkan mengalami masalah insomnia. Saya mengesyaki keadaan ini merupakan akibat daripada kemampuan mereka untuk berfikir secara mendalam dan berterusan tentang sesuatu perkara sehingga menyukarkan mereka untuk tidur sebelum menyelesaikan masalah yang terlintas dalam kepala mereka. Buktinya? Lihat saja hasil ciptaan mereka!

Mungkin atas sebab insomnia, penulis-penulis hebat seperti Charles Dickens, Shakespeare dan Scott Fitzgerald mampu menghasilkan karya-karya hebat mereka. Mereka mampu mencapai sesuatu yang luar biasa walaupun dalam keadaan stres, depresi dan ketidakselesaan akibat insomnia.

Allah menyuruh hamba-hambaNYA bangun malam untuk beribadat kepadaNYA atas sebab-sebab yang hampir sama. Waktu malam merupakan waktu ilham-ilham mudah datang kepada manusia. Waktu malam adalah waktu manusia dekat kepada penciptanya. Mungkin inilah rahsia kehebatan sahabat-sahabat Rasulullah pada zaman dahulu. Ketajaman ingatan, ilham-ilham kreatif dan kekuatan akal mereka dibentuk hasil bangun malam.

Sains membuktikan gelombang alpha yang dialami otak kita semasa baru bangkit dari tidur merupakan waktu paling kondusif untuk menghasilkan idea-idea kreatif dan mempercepat proses pembelajaran. Kebaikan bangun malam mendekati waktu fajar juga termasuk mengurangkan stres, berbeza dengan insomnia. Cuma kebanyakan manusia tidak mampu memanipulasikan nikmat yang berharga ini lantaran tidak mengetahui cara untuk mempraktikkannya secara saintifik.

Saya? Tidur malam tiga jam tiada masalah. Tapi kena ganti pula dengan anchor sleep sejam setengah waktu tengahari. Ini yang kurang bagusnya (-_-"

Post a Comment

1 Comments

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.