Buffet Ramadhan Hotel Thistle Johor Bahru

 "Arabian Nights Buffet Dinner" di Hotel Thistle Johor Bahru sempena Ramadhan 2022


Hotel Thistle Johor Bahru bukan nama yang asing buat orang-orang Johor, khususnya Johor Bahru. Buffet Ramadannya antara yang dicari-cari setiap tahun oleh orang-orang sekitar sini, malah Singapura. Tahun ini, Hotel Thistle Johor Bahru menampilkan Buffet Ramadan bertemakan "Arabian Nights" dengan pelbagai menu signature dan menu barunya.

Kibas Panggang 28 Hari Hotel Thistle Johor Bahru Iftar Ramadan 2022
Kibas Panggang 28 Hari "Arabian Night" Hotel Thistle Johor Bahru

Antara tarikan utama Ramadan kali ini di Hotel Thistle Johor Bahru adalah Kibas Panggang 28 Hari, yang turut menjadi pilihan utama tekak saya dari pelbagai menu di sini. "Apa beza kibas dan kambing?" tanya saya kepada Embun, pengacara malam itu, yang akan turut menemani pengunjung sepanjang Ramadan ini. Bila disampaikan pada chef, jawab Chef, "Kibas adalah satu daripada spesis kambing yang ada di Tanah Arab sahaja." Jadi memang istimewa menu ini kerana kibasnya diimport khas untuk iftar Ramadan di hotel ini.

Kari Kambing Hotel Thistle Johor Bahru Ramadan 2022
Kari Kambing "Arabian Nights" Hotel Thistle Johor Bahru

Pedas sungguh Kari Kambing ni, tapi itulah yang saya mahukan. Kari Kambing ini menu kedua pilihan saya dari buffet Ramadan Hotel Thistle Johor Bahru kali ni. Daging kambing tu cair di mulut ya, tuan-tuan dan puan-puan. Kuahnya memang sempurna pekat, sedap digaul dengan nasi tu. Pakkal jelah makan kat hotel pakai sudu garfu, kalau tak sampai sahur saya akan cium-cium tangan bau kari tu. Haha.


Asam pedas jenahak Ramadan 2022 hotel thistle johor bahru
Asam pedas ikan jenahak.

Asam pedas memang lauk kegemaran saya. Asam pedas ikan jenahak dalam buffet Ramadan "Arabian Nights" Hotel Thistle Johor Bahru hari tu memang sampai ke rasa tekak saya. Dengan daun kesumnya yang banyak, dan tomato dan terung melikatkan lagi kuahnya, sempurna dengan ikan yang dimasak cukup-cukup masak dan masih lembut. Ikan segar pula tu. Bahagia betul saya masa makan tu.

durian goreng buffet ramadan 2022 hotel thistle johor bahru
Durian goreng.

Stesen goreng-goreng ini memang yang pertama saya tuju selalunya bila makan di Hotel Thistle Johor Bahru. Sebab makhluk istimewa inilah - durian goreng. Kegemaranku, di mulut, di tekak dan di hati. Kali ni istimewanya, ada buah durian juga. Pilih saja nak durian kuning, kehijauan, putih cerah, yang lembik, yang mengkal, beratur lekas-lekas di stesen durian sebelah kolam renang Hotel Thistle tu. Sambil-sambil menunggu tu, bolehlah menilik ikan-ikan koi gemuk dalam kolam.

Makanan laut atas ais hotel thistle johor bahru buffet ramadan 2022
Makanan laut atas ais

Peminat makanan laut, mari baca sini. Selalu kita jumpa seafood on ice ada udang, kupang dan ketam kan? Dalam buffet Ramadan "Arabian Nights" Hotel Thistle Johor Bahru, siap ada tiram dan udang ketak (atau slipper lobster) ya. Sama ada perah lemon atau cicah dengan sos mustard, mesti memikat tekak penggemar seafood.

Nasi arab hotel thistle johor bahru buffet ramadan 2022
Nasi Arab

Nasi Arab ini jadi pilihan saya sebab nasinya sungguh enak dimakan begitu saja. Lepas saya rasa dua, tiga sudu, saya tambah lagi setengah pinggan sebab nak makan puas-puas. Ayamnya juga lembut saja. Boleh anda cari nanti di buffet Ramadan Arabian Nights Hotel Thistle Johor Bahru.

Desset yang saya cadangkan anda cuba di sini antaranya ialah fruit tarts dan cheesecake. Ada lebih 160 menu dalam pusingan, sesuailah untuk seisi keluarga atau kawan-kawan sekerja yang punya pelbagai citarasa berbeza.

Anda boleh lihat menu-menu lain yang Hotel Thistle Johor Bahru preview kan tempoh hari sempena buffet iftar Ramadan 2022 Arabian Nights ini di page Facebook saya,


Saksikan nanti penampilan The Stylo Violinist, Aqmal Daniel dan DJ Embun menemani anda, memeriahkan suasana sementara waktu berbuka puasa. A totally memorable experience.

ARABIAN NIGHTS BUFFET DINNER
3 April - 2 May 2022 | 6.30pm - 10.00pm
RM128 nett per adult
RM68 nett per child (6 - 12 years old) or senior citizen (60 and above)
Special appearance by
#thestyloviolinist Aqmal Daniel
Official Emcee: Embun Jb
Liveband Performace by Morning Glory
For reservations and more details:
📞 07-222 9234 / 07-267 8999

Post a Comment

2 Comments

  1. Waaaa meriahnyaaa... belum lagi dapat berbuka di tahun ni, ada rezeki memang nak merasa di sini... bestnyaa ada EmbunJb hehehee

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, terus teringat Asam Pedas tu!

    ReplyDelete

Komen anda tertakluk bawah akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.